BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, April 21, 2010

Demam lagi......

21 April 2010: Akibat terhidu asap rokok ketika ke Pameran DSA siang tadi
selsema dan batukku semakin teruk
Aku memang allergic dengan asap rokok
sepanjang malam tak dapat melelapkan mata
setiap jam asyik batuk gi toilet, badan dah rasa tak sedap ni...muntah-muntah
esok aku kena gi report sick kalau berlarutan batuk selsema dan demam ni..
pagi nie aku gi report sick, ramai gak yang demam batuk dan selsema ....
misum agaknya. Suhu badanku agak tinggi demam rupanya ingatkan tak demam
balik dari Hospital Tunku Mizan aku terus beli kuih untuk alas perut
sebelum makan ubat..banyak tul ubat yang kena makan
takper aku telan gak...nak cepat baik kan..
setelah beberapa minit makan ubat
aku terus terlelap tup.tup..dah tengahari
nak solat zohor dah kepala pening lagi akibat kesan ubat tadi
aku gagahkan diriku bangun gak nak solat zohor
setelah selesai solat aku tidur semula
sampai la ke petang..bangun terus solat asar
agak ringan tubuh badanku
maklumla makan pun dh beberapa hari tak lalu
terasa hilang berat badanku....aku memang begitu
kalau demam berat badan terus turun mendadak takyah nak diet.....

Sunday, April 18, 2010

RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU..

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam
ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena
perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang
terlibat dalam bidang fotografi.
Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan
dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya
ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi
masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid
yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan
ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga
dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap
optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan
pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar
sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian
warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem
penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan
keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan
hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu
Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi
prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan
hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni
jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa,
tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif
kita

Waktu Maghrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita
kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan
iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam
perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat
Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada
waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau
warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya
memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan
kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam
kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah
waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana
keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah
jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya
bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil>>> Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia
kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah
faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi,
qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam
ke sistem tubuh.

Wednesday, April 21, 2010

Demam lagi......

0 comments